berita

Media Prima Berhad Anjur AGM Atas Talian, Semua Resolusi Diluluskan

July 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bagi menangani penularan wabak Covid-19, Media Prima Berhad telah mengatur Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-19 tahun ini diadakan secara maya. Hal ini bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pemegang saham serta kakitangan yang menjadi keutamaan kumpulan.

Selain itu, Media Prima Berhad hari ini telah mengumumkan bahawa segala resolusi yang dinyatakan dalam Notis AGM yang bertarikh 10 Jun 2020 yang dibentangkan di AGM ke-19 ini telah diluluskan oleh para pemegang saham Kumpulan.

AGM atas talian

AGM kali ini akan disiarkan secara langsung di web dan pengundian atas talian akan menggunakan Remote Participation serta Voting Facilities. Sehubungan dengan itu, segala keputusan undian akan disahkan oleh pemeriksa bebas yang telah dilantik oleh Media Prima.

Hal ini sejajar dengan garis panduan mengenai Pengendalian Mesyuarat Agung bagi Penerbit Tersenarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ketiga tertinggi lepas Google & Facebook

Bagi perolehan suku pertama yang berakhir 31 Mac 2020 (1QFY20), Media Prima mengumumkan bahawa segala perolehan kewangan dipengaruhi oleh cabaran-cabaran industri akibat impak pandemik Covid-19. Kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM238.4 juta pada 1QYF20 dan turut mencatatkan penurunan marginal daripada RM239.1 juta dalam tempoh yang sama (1QYF19).

Walau bagaimanapun, perolehan segmen digital meningkat sebanyak 9% kepada RM18.9 juta dan peningkatan iklan digital dengan kadar 12 % berbanding tempoh sebelum. Media Prima masih kekal menjadi pilihan paling popular untuk kandungan mudah alih di Malaysia dengan mencatat pencapaian audiens digital keseluruhan ketiga tertinggi selepas Google dan Facebook.

Impak dari PKP

Pandemik Covid-19 dan hasil daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebarannya telah memberi impak kepada banyak perniagaan selama beberapa bulan terakhir ini.

Namun, Media Prima telah memberi fokus terhadap usaha untuk mengurangkan impak pandemik tersebut dan menghadapi persekitaran operasi yang lebih mencabar.

Kami menjangkakan keadaan operasi yang sukar ini akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang, dan kami akan terus mengkaji semula operasi untuk memastikan kelestarian Kumpulan dalam waktu yang mencabar ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan, Datuk Syed Hussian Aljunid, PKP memberi impak kepada kebanyakkan perniagaan. Namun begitu, Media Prima telah bersedia untuk menghadapi kesukaran yang akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang.

2020 tahun yang terbaik

Kami percaya prestasi 1QFY20 menunjukkan bahawa Media Prima sedang menuju ke arah yang betul untuk menjadi syarikat yang lebih berdaya tahan. Baru-baru ini kami telah melancarkan pendekatan jualan bersepadu melalui Media Prima Omnia, yang membolehkan kolaborasi dengan jenama-jenama besar semasa tempoh PKP.

Secara keseluruhan, 2020 akan menjadi tahun yang menarik bagi Media Prima kerana banyak perubahan dan penambahbaikan akan dibuat daripada perspektif struktur, operasi dan keupayaan syarikat.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, dia percaya bahawa Media Prima di landasan yang betul untuk syarikat lebih berdaya tahan. Dia turut memberitahu bahawa secara keseluruhannya tahun 2020 merupakan tahun yang menarik bagi Media Prima kerana banyak perubahan dan penambahbaikan telah dibuat.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×