berita

Media Prima Siar Tajuk Utama Berita Secara ‘Live’ Di Ruang Iklan Digital

May 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Kumpulan media terkemuka di Malaysia, Media Prima Berhad hari ini telah melancarkan perkhidmatan terbaru yang memaparkan kandungan berita pada skrin besar di sekitar Lembah Kelang. Orang ramai akan mendapat info terkini berkenaan berita utama berdasarkan skrin yang dipaparkan.

Siar tajuk berita secara live

Perkhidmatan digital ini adalah dari BIG News by NSTP bakal memaparkan tajuk berita secara ‘live’ daripada The News Straits Times Press (NSTP). Tajuk-tajuk berita utama yang bakal disiarkan adalah berdasarkan berita yang paling banyak dibaca daripada NST Online dan BH Online. Ianya juga akan dikemas kini secara berkala di lokasi terpilih di antara pukul 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

7 lokasi tumpuan utama

Perkhidmatan ini telah disediakan di 7 lokasi tumpuan utama di Kuala Lumpur antarnya di Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan di sekitar Bangsar. Selain itu juga Media Prima merancang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini melalui skrin-skrin sepanjang Monorel KL, LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan skrin berjumlah 23 skrin.

Tak perlu lihat telefon bimbit

Kami sentiasa mencari kaedah kreatif dan berkesan untuk berkongsi kandungan kami dengan audiens dan juga memperkenalkan perkhidmatan baru kepada rakan-rakan niaga.

Dengan pelancaran BIG News by NSTP, anda tidak perlu berada dalam bangunan ataupun memeriksa telefon bimbit untuk mendapatkan berita terkini daripada sumber NSTP yang sahih, melalui rangkaian media OOH digital Big Tree di seluruh Malaysia.

Tajuk berita utama akan dipaparkan kepada pengguna dan penumpang kenderaan di Lembah Kelang yang berada dalam perjalanan melalui tiga kali selang masa pada waktu puncak.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, inisiatif ini diambil bagi berkongsi kandungan kepada pembaca dengan kaedah yang lebih kreatif dan berkesan. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan ini, pembaca tidak lagi perlu unutk memeriksa telefon bimbit untuk mendapatkan berita terkini.