Semalam, OHBULAN! melalui The Star telah melaporkan bahawa Ras Adiba telah digantung kerjanya buat sementara waktu kerana membotakkan kepala.
Namun laporan terbaru dari portal Gua telah mengesahkan bahawa perkara ini tidak pernah berlaku dan Media Prima juga menafikan perkara yang berlaku. Sebuah kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad untuk menjawab dakwaan yang telah dilemparkan.
“Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.
Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar membawa kesedaran di kalangan orang awam. Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan ntv7.
Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara.”- dipetik dari Gua.
OHBULAN! : Mari sokong kempen “Jom Botak” oleh Majlis Kanser Malaysia!