berita

Media Prima Umum Perolehan RM535.9 Juta, Kekal Kedudukan Ketiga Selepas Google & Facebook Menerusi Capaian Digital

August 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Media Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mengumumkan perolehan berjumlah RM535.9 juta bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2019(“1HFY19”),berbanding RM623.0 juta bagi tempoh perbandingan (“1HFY18”).

Jumlah itu sedikit menyusut dan merekodkan kerugian selepas cukai (‘LAT’) sebanyak  RM53.6 juta berbanding keuntungan selepas cukai sebanyak RM8.7 juta dalam tempoh 1HFY18.

Cabaran terhadap pengiklanan

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata keputusan Media Prima bagi separuh pertama tahun ini mencerminkan cabaran yang memberi kesan kepada syarikat media di seluruh dunia.

Bagaimanapun katanya, dalam keadaan ekonomi tidak memberangsangkan yang memberi impak kepada perbelanjaan pengiklanan khususnya perniagaan tradisional, kumpulan tetap berjaya memulihkan keputusan suku kedua berbanding suku sebelum ini (‘1QFY19’).

Kami didorong oleh hasil daripada usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan sekiranya tiada perkara yang tidak diduga berlaku, Kumpulan berharap dapat mengekalkan momentum ini bagi suku seterusnya dalam tahun kewangan ini.

Pengiklanan Tradisional

Kumpulan Media Prima merekodkan penyusutan dalam perolehan pengiklanan tradisional dalam tempoh enam bulan sebanyak 19 peratus berbanding tempoh sebelumnya. Penurunan itu sebahagiannya dikurangkan oleh pertumbuhan dalam perolehan segmen perdagangan kumpulan yang diterajui oleh segmen beli-belah rumah Media Prima.

Bagaimanapun, perolehan bagi segmen beli-belah CJ WOW SHOP meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM114.3 juta bagi tempoh 1HFY19 berbanding RM96.0 juta bagi tempoh 1HFY18.

Kumpulan kekal dalam kedudukan ketiga di Malaysia dalam platform digitalMedia Prima kekal sebagai pemain penting dalam alam digital susulan pemilikan jenama baru digital dan pendemokrasian kandungan dalam platform digital.

Syarikat itu juga berjaya kekal untuk berada dalam kedudukan ketiga di Malaysia, selepas Google dan Facebook, menerusi terma pencapaian audien digital malah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin bagi kandungan dalam peralatan mudah alih di Malaysia dengan pelawat unik berjumlah 13.5 juta sebulan.

The New Straits Times Press kekal tangga teratas

Segmen pengiklanan-luar-rumah (‘OOH) yang diwakili Big TreeBig merekodkan kadar penggunaan sebanyak 85 peratus bagi inventori digital OOH pada 1HFY19. Ini mewakili 5 peratus peningkatan mata daripada 80 peratus dalam tempoh perbandingan.

Sementara itu, jenama dalam talian The New Straits Times Press iaitu My Metro, BH Online dan NST Online, terus berada dalam kedudukan teratas di kalangan laman berita utama di Malaysia dengan masing-masing berjumlah 10.2 juta, 7.4 juta dan 3.6 juta purata pengguna sebulan ketika ini.

Kekal sebagai penyiar dominan di Malaysia

Rangkaian Televisyen Media Prima kekal di kedudukan sebagai penyiar dominan di Malaysia dengan jumlah penguasaan audien 36.1 peratus, berbanding 34.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dalam pada itu berkata Media Prima  terus memberi fokus kepada pengurusan kos dan sejak tempoh enam bulan lalu berjaya mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Kami akan terus mengenal pasti segmen-segmen yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha untuk menjadi organisasi media yang lengkap bagi menerokai peluang perniagaan baharu sambil berhadapan cabaran dalam era yang kini didominasi oleh digital.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×