Seorang gadis menggunakan platform media sosial, Twitter untuk mencari semula ayah kandung yang telah terputus hubungan sejak 2008. viral seorang remaja dalam usaha mencari semula ayah kandungnya yang terpisah sejak tahun 2008 lagi.
Hasil bantuan ‘kuasa viral’, perkongsian dirinya itu mencecah 9.5 ribu tanda retweet dan akhirnya, gadis ini berjaya bertemu semula dengan ayah kandungnya melalui video call selepas menerima beberapa mesej daripada orang ramai yang membantu.
Dah lama lost contact
Menerusi perkongsian tersebut, Shania Natasha memaklumkan ayahnya yang bernama Muhammad Shahril Adam yang berkahwin lain pada ketika itu mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Sarawak disebabkan isteri barunya mengalami kesakitan dan perlu pemantauan lanjut. Telefon bimbit si ayah rosak juga menjadi punca mereka ‘lost contact’ sehinggalah ke hari ini.
Rindu tak terkata
Dimaklumkan, ayahnya itu tiada sebarang akaun sosial media yang turut menyukarkan lagi misi pencarian tersebut. Gadis ini juga meminta agar orang ramai membantu viralkan berita tersebut hingga keluarga atau sepupu terkenal menyedari niatnya itu.
Shania Natasha juga mengharapkan agar ayahnya dalam keadaan sihat seperti dahulu.
‘Dah call ayah tadi’
UPDATE GUYS!!! aku dah call ayah aku tadi????? alhamdulillah dia sihat. bangun2 pagi ni aku speechless, terkejut ramai sepupu2 ws aku (sebelah ayah) bagitau and tanya khabar. thank you guys dalam masa sehari je twitter buat kerja ??? thanks yg wish thanks yg tlg. ILOVEUGUYS pic.twitter.com/2DDge1luxU
— sha (@shanianatasha__) October 6, 2020
Terbaru, Shania Natasha akhirnya dapat melepaskan rindu kepada ayah kandungnya itu hanya melalui video call sahaja. Difahamkan, sepupu kepada gadis ini mula menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut kepada si ayah. Lebih mengharukan, gadis ini hanya sempat bertanyakan khabar ayahnya dan hanya berborak untuk melepaskan rindu yang sekian lama tertanggung.
Sumber: Sha