Pelakon tampan Meerqeen memaklumkan dia sanggup mengetepikan waktu rehatnya disebabkan tidak mahu melepaskan peluang berlakon dalam naskhah bergenre komedi berjudul Klepet.
Artikel Berkaitan: Meerqeen Tak Kisah Dilabel ‘Playboy’ , Hubungan Dengan Ameera Khan Sekadar Kawan
Artikel Berkaitan: ‘Klepet’ Tampilkan 3 Jejaka Terhangat Di Pasaran! Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Selaku Peneraju Utama
Belum rehat panjang
Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen berkata dia sepatutnya mengambil cuti panjang pada bulan Disember selepas kerja yang ‘back to back’ sejak awal tahun, bagaimanapun hasrat itu harus dilupakan demi filem tersebut.
Saya terima naskhah Klepet ini kerana barisan pelakonnya dan juga ini merupakan filem pertama bergenre komedi, sebab itu saya terima.
Sepatutnya saya bercuti untuk bulan Disember disebabkan jadual kerja yang back to back dari Januari sehingga November.
Saya tolak tepi cuti saya kerana saya benar-benar mahu melakukan genre ini dan berlakon dengan kawan-kawan saya.
Saya rancang nak pergi sahaja mana-mana untuk me time.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam masa sama, aktor berusia 22 tahun itu berkata, dia sudah menyusun baik setiap tawaran yang diterima untuk tahun 2024.
Saya tak mahu tahun hadapan penat. Projek yang saya buat pada tahun ini semuanya akan keluar pada tahun hadapan.
Sebab itu saya rancang siapkan semuanya tahun ini supaya tahun depan boleh tenang sikit.
Berkongsi lanjut mengenai karya komedi sulungnya itu, Meerqeen berkata dia sedikit gugup memandangkan ini kali pertama membintangi naskhah bergenre sedemikian.
Tak tahu nak kata tekanan itu ada atau tidak, tapi apa pun dalam skrip dah ada panduannya, cuma karakter itu yang akan mewarnakan nanti.
Saya percaya dengan produksi dan barisan pelakon lain yang memang kawan-kawan saya, jadi keserasian kami itu ada.
Sudah pasti saya gugup untuk lakonkan genre komedi, sebab pertama kali kan, saya yakin saya boleh uruskan, insya-Allah.
Meerqeen membawakan watak Wadi dalam filem Klepet yang akan menjengah ke pawagam seluruh Malaysia pada tahun hadapan.
Selain Meerqeen, filem arahan Indra Putra itu turut dibintangi Nadhir Nasar, Aedy Ashraf, Joey Daud, Namiey dan ramai lagi.
Sekadar info, sepanjang tahun 2023 Meerqeen berjaya melakar pelbagai kejayaan termasuk membintangi lima buah filem dan drama serta dilantik sebagai endorsement bagi tujuh jenama.