Nama pelakon meningkat naik Meerqeen semakin dikenali dan sering mendapat pujian wargamaya di laman media sosial.
Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Pesaing ABPBH34, Meerqeen Pikul Tanggungjawab Besar Demi Peminat Wanita – ‘Sentiasa Mengundi & Berharap Saya Untuk Menang’
Tak perlu gimik bodoh
Pertama kali dapat berlakon di stesen TV3 menerusi Melur Untuk Firdaus, Meerqeen menyatakan dia tidak akan melakukan gimik murahan semata untuk mempromosikan drama.
Kata aktor berumur 21 ini, dia dan pasangan dalam drama iaitu Anna Jobling merancang strategi tersendiri untuk memastikan drama mereka mendapat sambutan hangat.
Tak perlu gimik bodoh seperti gaduh dekat set la… kami tak perlu benda itu. Bagi saya, benda itu (gimik) terlalu murah sangat.
Orang pun tak nak tengok benda itu… sebab mereka lebih nak tonton drama saja. Kalau buat gimik bodoh, akan naik dan turun cepat (populariti).
Saya dan Anna ada strategi untuk buatkan drama lakonan kami ini meletup, dengan cara yang lebih baik berbanding buat gimik.
Lagipun, saya benda yang cepat naik, turun pun mendadak. Jadi, saya dan Anna mempunyai perancangan bagaimana mempromosikan drama dengan perlahan-lahan. Kami tidak mahu pergi ke puncak gunung, kemudiannya jatuh terduduk begitu sahaja.
Meerqeen ditemui ketika sidang media secara maya drama lakonan terbarunya berjudul Melur Untuk Firdaus pada Rabu.
Drama Melur Untuk Firdaus akan menemui penonton mulai 26 Mei ini pada setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary, jam 9 malam.
Sedia tukar imej
Ditanya mengenai ciapan di Twitter yang menyatakan dia ingin berimej botak selama-lamanya, pemilik nama lengkap Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menafikan.
Katanya, dia sekadar memberitahu kepada peminat yang dia sudah menukar penampilan kerana ingin memenuhi permintaan watak.
Saya bukan la nak botak selama-lamanya. Tweet saya itu sekadar nak beritahu yang saya sudah bertukar imej. Mungkin selepas ini ada siri baharu pun imej botak juga.
Saya selalu bersedia sekiranya saya perlu ubah imej demi sesuatu watak atau karekter. Bagi saya, seni ini perlu ikhlas.
Kalau perlu lakukan aksi lasak pun, saya nak buat sendiri. Kalau gemok, kurus, botak, berjambang atau apa saja pun boleh. Saya ikhlas nak beri apa saja industri nak.
Bagi saya, ini adalah saya. Ikhlas dengan apa yang saya nak buat untuk naikkan karier. Saya akan buat apa saja untuk karier saya.
Sumber: Instagram @meerqeen