Sebut saja nama pelakon Meerqeen mesti terbayang ketampanan dan senyuman manis yang jelas terpancar di wajahnya. Mula aktif pada tahun 2020, pendatang baru ini melonjak naik selepas memenangi tempat ketiga dalam Hero Remaja 2019/2020.
Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Hos Tunggal ABPBH34, Penyanyi Lagenda & Baru Bergabung Meriahkan Pentas
Artikel Berkaitan: Setiap Hari ‘Perah’ Otak Fikir Mengenai Content Youtube, Aqil Zulkiflee Syukur Tercalon ABPBH34 – ‘Saya Pernah Terima Kecaman & Ejekan’
Nadhir persaing terdekat
Rezeki terus mencurah apabila Meerqeen tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34). Bersaing dengan Nadhir Nasar, Aliff Iskandar, Fadh Majid dan Dinie Rashid, Meerqeen percaya sudah tertulis rezeki kemenangan antara mereka berlima.
Bagaimanapun, kata jejaka berumur 21 tahun ini pada OhBulan!, dia melihat Nadhir sebagai persaing terdekat memandangkan mereka ‘lahir’ daripada program yang sama.
InsyaAllah, semua yang tercalon pasti meletakkan harapan apabila tercalon. Tapi apa pun, saya percaya pada rezeki. Menang atau kalah adalah adat, dan saya akan sentiasa berusaha.
Semua yang tercalon dalam Top 5 adalah saingan saya, masing-masing mempunyai kekuatan apabila berjaya meloloskan diri. Tapi secara peribadi, semestinya Nadhir saingan saya. Dia sahabat saya sebab kami datang dari satu program yang sama dan bersama-sama struggle untuk membuktikan bakat kami dalam industri ini.
Dikelilingi peminat perempuan
Nampak kesungguhan kelab peminat, Meerqeentroopers Official untuk mengundi, anak kelahiran Ampang, Selangor ini berasa bertuah apabila dikelilingi insan yang teguh berdiri di belakangnya.
Meerqeen merasakan ini adalah tanggungjawab besar untuk dipikul apabila mereka berharap kemenangan berpihak pada dirinya.
Saya amat berterima kasih kepada troopers saya, mereka siang dan malam memberikan sokongan kepada saya dan sangat aktif. Sentiasa mengundi dan berharap saya untuk menang. Amat besar tanggungjawab saya terhadap mereka.
Ditanya sama ada mengetahui dia idaman gadis-gadis, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mengakui perasan apabila rata-rata peminat adalah dalam kalangan perempuan.
Saya tau kot.. sebab kebanyakannya yang post dekat media sosial adalah gadis-gadis. Dalam Meerqeentroopers ini boleh dikatakan semua perempuan tapi ada juga lelaki.
Sekiranya saya mempunyai masa, saya memang akan membalas setiap DM mereka. Boleh dikatakan, setiap masa ada sahaja content yang mereka buat.
Dalam perkembangan terkini, pelantun lagu Menunggu sedang menjalani penggambaran drama Ash dan Aish sebanyak 28 episod terbitan Suhan Movies dan diikuti drama Melur Untuk Firdausi untuk slot Akasia TV3.
Sumber: Instagram @meerqeen