Buat julung kalinya, TikTok akan menganjurkan TikTok Awards Malaysia 2023 pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja) ini bakal menghimpunkan pempengaruh yang terbaik dalam arena penciptaan konten.
Sesi temui peminat
Hari pertama sesi temu mesra bersama peminat yang diadakan di Central Market, Pasar Seni baru sahaja melabuhkan tirainya pada petang Sabtu.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pertandingan menari lagu paling trending di Tiktok, teka-teki zaman persekolahan dan banyak lagi.
Aktiviti yang diadakan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pencipta kandungan yang tercalon bagi merapatkan lagi hubungan serta beramah mesra bersama para pengunjung yang hadir.
Antara calon yang hadir bagi memeriahkan lagi sesi temu mesra termasuklah Nelysa Norazlan, Richard is Cooking, Ikhmal Nour dan Adam Izzy.
Untuk makluman, sesi temu mesra pencipta kandungan bersama peminat ini akam berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos 2023 bermula jam 11 pagi bertempat di Central Market, Pasar Seni.
Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama pencipta kandungan kegemaran anda.
Undi pencipta kandungan sekarang!
Sekadar info, Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Anugerah ini akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick), Pilihan Popular (People’s Choice) dan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards).
Anda boleh mengundi pencipta kegemaran mereka bermula 15 hingga 26 Ogos 2023 di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/