Tak keterlaluan jika kami kata bentuk badan Megan Fox adalah aset yang paling dicemburui oleh kesemua wanita dalam dunia ini. Paling mengagumkan, Megan Fox masih mengekalkan setiap inci keseksian yang sejak azali menjadi perhatian ramai walaupun selepas menjalani proses kehamilan.
Edisi terbaru majalah Esquire ini mendedahkan serba sedikit keazaman tahun baru Megan Fox untuk membuang beberapa tatu yang terdapat pada bahagian lengan, dan diikuti dengan bahagian rusuk yang mempunyai barisan ayat berbunyi, “There once was a little girl who never knew love until a boy broke her heart.”
Bagi Megan, proses membuang tatu ini sebagai tanda bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang lebih positif terutamanya selepas kelahiran anak pertama, Noah.
“Saya mula membaca kisah Marlyn Monroe dan mendapati bahawa kehidupannya tidak seindah seperti yang disangkakan. Ketika itu, saya terbayangkan masa depan saya sekiranya masih mengekalkan gaya hidup yang negatif. Oh, saya tak dapat bayangkannya!,” kata Megan.
Pada masa yang sama, Megan Fox turut melabel aktres Lindsay Lohan sebagai seorang artis yang tak boleh diharapkan walaupun dilimpahi dengan populariti dan kekayaan.
“Dia mempunyai potensi yang besar, namun ia tak digunakan dengan sebetulnya. Saya tak berminat mengikut jejak langkah mereka,” tambahnya lagi.