Pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy selamat menjalankan akikah untuk puteri sulung mereka, Bunga Elhaq ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Jaga Masa Berpantang, Netizen Sifatkan Elisya Sandha Bertuah – ‘Dapat Mentua Yang Baik Adalah Rezeki’
Tahun 2022 penuh pengorbanan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Elisya menyifatkan 2022 adalah tahun pengorbanan paling besar kerana dia telah berjuang melahirkan Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.
Kata Elisya, penghargaan untuk suami tercinta juga harus diberikan kerana rajin membantu menjaga anak mereka terutama pada shif malam.
Melahirkan anda adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy.
Pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin dan susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.
Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang.
Dalam pada itu, adik kepada aktres Fasha Sandha berharap anaknya akan menjaga hati orang ramai serta menghargai pengorbanan apabila sudah besar nanti.
Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.
Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya.
Kongsi muka
Perkongsian itu turut memaparkan wajah Bunga Elhaq buat kali pertama kepada umum. Rata-rata wargamaya teruja dan memuji kecomelan cucu kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly.
Masha-Allah. Comeynya Bunga Elhaq. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak.
Indahnya ciptaan Allah. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat… Berjaya dunia akhirat menjadi penyejuk hati ibu ayah. Amin.
Terdahulu, Elisya dan Haq melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu selepas hampir tujuh bulan mengikat pertunangan.
Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial