Kalau korang peminat seni digital dan pengalaman imersif, kami ada berita baik untuk korang!
immersify Kuala Lumpur bakal dibuka pada 28 Februari 2025 ini membawa satu dimensi baru dalam dunia hiburan dan seni media. Bertempat di The Labs @ Bukit Bintang City Centre (BBCC), tarikan ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang menggabungkan teknologi terkini, seni kreatif dan elemen budaya Malaysia dalam satu ruang multimedia interaktif!
Tak sabarnya!
Tarikan pertama di Malaysia, Ruang 360° setinggi 12 meter!
immersify KL bukan sekadar galeri biasa. Ia menampilkan ruang seluas 30,000 kaki persegi dengan 11 kawasan interaktif, termasuk zon 360° pertama di Malaysia setinggi 12 meter!
Bukan itu saja, kandungan seni digital yang dipamerkan ini dibangunkan di Korea Selatan, eksklusif untuk Malaysia, dengan unjuran visual berdefinisi tinggi, teknologi audio spatial 3D dan pengalaman simulasi maya yang mengasyikkan!
Perpaduan seni & budaya, Malaysia dalam lensa baharu
Menariknya, immersify KL bukan hanya menawarkan pengalaman seni digital semata-mata. Ia turut menampilkan elemen keajaiban alam semula jadi dan kepelbagaian budaya Malaysia dalam bentuk penceritaan interaktif yang menggabungkan teknologi serta seni inovatif.
Jadi, korang boleh merasai pengalaman menjelajah ke dunia fantasi yang penuh warna-warni sambil menikmati unsur budaya tempatan yang dipersembahkan dalam bentuk seni digital yang memukau!
Projek usahasama Bitgrim Immersify Group Sdn Bhd dengan Eco World Development Group Bhd ini membawa kandungan dan teknologi bertaraf dunia dari Korea Selatan ke Malaysia, dengan simulasi maya yang realistik dan mengujakan menerusi teknologi terkini. Kandungan dan pengalaman yang dipersembahkan ini merangkumi keajaiban alam semula jadi, melalui kreativiti yang memaparkan sentuhan identiti dan warna-warni budaya Malaysia.
Setiap kunjungan akan menyegarkan imaginasi, emosi dan keseronokan, dengan unjuran cahaya dan bunyi yang mempersona dalam menghasilkan visual yang menarik dan irama yang menenangkan.
Gabungan penceritaan Korea Selatan dengan kreativiti yang luar biasa, immersify Kuala Lumpur adalah titik pertemuan naratif berwibawa bersama seni inovatif. Disatukan dengan kepelbagaian budaya Malaysia, cerminan sebenar negara dengan identiti “Truly Asia” adalah gabungan teknologi berdefinisi tinggi dan seni mengasyikkan ini mampu mengangkat kepelbagaian budaya dan warisan negara menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Destinasi ‘Wajib Pergi’ di KL, ada kafe bertemakan “Seni Bercahaya, Ilham Citarasa”
Lepas puas menikmati dunia seni digital yang mendebarkan, korang boleh berehat di kafe khas immersify KL yang bertemakan “Seni Bercahaya, Ilham Citarasa”.
Sambil menikmati hidangan lazat dan minuman menyegarkan, korang juga boleh menonton paparan skrin yang menampilkan visual menakjubkan immersify KL. Serius, konsep macam ni memang jarang ada di Malaysia!
Tiket Pra-Pelancaran dengan harga promosi bermula RM30 sahaja!
Nak jadi antara yang pertama alami pengalaman seni multimedia ini? Tiket pra-pelancaran immersify KL akan mula dijual pada 10 Februari 2025 sehingga 27 Februari 2025 dengan harga pengenalan istimewa:
- Tiket individu: Bermula dari RM30 – RM60
- Pakej keluarga: Bermula dari RM123
Jangan lepaskan peluang ni! Dapatkan tiket korang di www.immersifykl.com dan bersedia untuk alami satu pengalaman seni yang paling unik di Malaysia!