Memperagakan barang kemas yang bernilai ratusan ribu ringgit, pelakon Ifa Raziah telah menggajikan lima orang bodyguard atau pengawal peribadi untuk jaminan keselamatan.
Dah pasang bodyguard
Menurut Ifa, 47, dia terpaksa dikawal rapi kerana memakai barangan kemas sepanjang terlibat dengan program Starvendors Mega Fest Raya 2022.
Biarpun begitu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha menyatakan dia tidak sering menggayakan perhiasan itu cuma untuk majlis tertentu sahaja.
Risau barang kemas hilang? Tak kot. Sebab saya dah pasang lima orang bodyguard nanti sebab tahu sepanjang tiga hari program Starvendors itu diadakan, memang orang akan ramai.
Saya ini bukannya tiap-tiap hari pakai barang kemas begini. Cuma akan pakai masa majlis atau program tertentu sahaja.
Bukti dah berjaya
Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Terang tidak ada niat untuk menayang kemewahan yang ada. Katanya, dia hanya ingin membuktikan kepada orang ramai yang dirinya sudah berjaya dalam bidang perniagaan.
Orang kita ini, biasanya suka menilai seseorang itu berjaya atau tidak menerusi harta benda yang dimiliki. Ada orang tayang kereta mewah, barangan berjenama dan sebagainya.
Tapi saya pakai barang kemas ini pula untuk buktikan kepada orang bahawa saya pun dah berjaya. Boleh dikatakan ia juga sebagai satu strategi pemasaran juga. Biar orang kenal dan tahu.
Di samping itu, pengacara terbabit juga tidak kisah jika ada yang menganggap barangan kemas yang digayakannya selama ini sebenarnya adalah emas tiruan.
Sumber: Instagram @ifa_raziah