berita

‘Melayu Ni Ada Yang Sakit Otak?’ – Bela Pelaku & Salahkan Mangsa, Individu Ini Kesal Dengan Segelintir Netizen

February 11th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita. Antara kes yang mendapat perhatian masyarakat baru-baru ini ialah kes dera seorang kanak-kanak sehingga meninggal dunia, selain itu tahun lalu ada juga kes melibatkan bapa kandung merogol anak sendiri setiap hari. Dahsyat!

Namun ada segelintir dari masyarakat Melayu kita mempersoalkan setiap hikmah yang berlaku. Selain itu, ada juga sanggup menyalahkan mangsa dalam setiap kes yang telah terjadi. Sanggup pula memanipulasi dan membela pesalah. Sejauh mana tahap mentaliti masyarakat kita yang sering menyalahkan mangsa ini?

Melayu dah sakit otak ke?

Individu ini di facebook mempersoalkan pemikiran segelintir masyarakat yang menyalahkan mangsa apabila berlakunya kejadian jenayah. Apabila wujudnya kes isteri dipukul suami dan si isteri diam membisu tanpa membuat laporan, maka, netiezen mengatakan tidak perlu report hanya untuk menjaga aib suami.

Tatkala wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki, maka, netizen menyalahkan perempuan tersebut kerana berpakaian seksi sehingga menimbulkan nafsu lelaki.

Jadi, setiap kes buruk ini ditunding jari kepada mangsa sebagai penyebab kepada semua masalah yang berlaku.

Ada je tak berfikiran kolot

Tapi tidak semua golongan Melayu ini berfikiran kurang matang sedemikian. Rata-rata antara kita juga bersimpati dengan keadaan mangsa dan menyalahkan perilaku kejam.

Credit: Twitter Asrul Muzaffar

SKIP THIS AD ×