berita

Melecur 96 Peratus, Lelaki Nekad Bakar Diri Meninggal Dunia

February 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Video menunjukan keadaan seorang lelaki keluar dari kereta dalam keadaan satu badannya terbakar yang tular di media sosial telah mencuri perhatian ramai orang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecewa ‘EX Girlfriend’ Ada Kekasih Baru, Lelaki Sengaja Bakar Diri Dalam Kereta Hingga Melecur 96%

Meninggal dunia

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang kritikal selepas melecur 96 peratus pada badan kerana membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, pada malam Rabu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita pada Khamis.

Beliau memberitahu, polis menerima maklumat tentang keadaan terkini lelaki berusia 28 tahun itu pada hari sama.

Waktu kematian tidak dikongsi

Bagaimanapun, katanya, maklumat tentang waktu kematian mangsa tidak diberitahu kepada polis.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu didakwa tekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.

Waris berkata, berkata, keluarganya telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.

Menurutnya, lelaki itu pernah beberapa kali cuba membunuh diri dan kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×