berita

‘Memakai Gelaran Ini Harus Ikut Etika’- Tengku Abdullah Terima Baik Jika Farid Kamil Pulangkan Pangkat ‘Datuk’

January 17th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan insiden penahanan pelakon Farid Kamil kerana didakwa telah menampar polis dan berkelakuan agresif. Namun selepas ditahan reman selama lima hari, Farid akhirnya dibebaskan dengan ikad jamin sebanyak RM 12,000.

Turut berduka cita mengenai isu ini ialah Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sutan Ahmad Shah yang baru-baru ini telah menganugerahkan gelaran Datuk kepada Farid Kamil.

Pemegang gelaran Datuk harus ikut etika

Tengku Abdullah, menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

Kalau nak pulangkan itu lebih baik

Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.

Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik

Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×