Viral di media sosial apabila satu rakaman aksi kejar mengejar antara beberapa buah motosikal dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Tun Razak petang tadi. Myvi berkenaan dilihat melarikan diri dari dicekup orang ramai apabila pemandu Myvi itu didakwa telah menyamun seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalar Alor.
Langgar lebih 20 biji kenderaan lain
dah myvi ke belum? pic.twitter.com/khRZPY7nNb
— nar4 (@AfnanSyahir) December 13, 2019
Menerusi Twitter Afnan Syahir, rakaman video dari salah seorang penunggang motosikal yang mengejar suspek, suspek dilihat cuba melarikan diri dalam keadaan jalan raya yang sangat sesak. Beberapa buah kenderaan lain dilanggar atas cubaan untuk meloloskan diri. Lebih kurang 20 buah kenderaan yang telah dilanggar suspek sebelum dia berjaya diberkas orang ramai.
Berjaya ditahan orang ramai
akhirnya lunyai pic.twitter.com/emA6RIZhPU
— nar4 (@AfnanSyahir) December 13, 2019
Selepas berjaya diberkas orang ramai, suspek kemudiannya dibelasah di tempat kejadian. Orang ramai bengang dengan tindakan suspek yang cuba melarikan diri dengan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain. Ada segelintir orang awam yang cuba mengawal keadaan sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa.
Keadaan kereta suspek
Keadaan kereta suspek yang remuk selepas melanggar beberapa kenderaan lain apabila cuba melarikan diri dari ditahan orang ramai. Suspek tidak dapat meloloskan diri kerana kereta yang dipandunya telah rosak akibat pelanggaran, dan tayar keretanya juga meletup.
Kejadian samun di Jalan Alor
Menurut sumber, suspek telah menyamun seorang OKU di Jalan Alor. Orang ramai cuba menahannya, namun suspek bertindak agresif dengan melarikan diri menggunakan kereta.
Tak sekolah punya penyamun
Rata-rata netizen berterima kasih terhadap penunggang motosikal yang bekerjasama mengejar dan menahan suspek dari melarikan diri.
Sumber: Afnan Syahir