Drama Nur kembali untuk musim kedua setelah mendapat sambutan hangat tahun lalu. Setiap kali ditayangkan, penonton akan meluahkan kemarahan mengenai kebodohan beberapa watak dalam drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Shahrulezad dalam Facebooknya mengulas mengenai sebab mengapa dia membentuk watak-watak seperti Nur, Ecah dan Hamadi sedemikian rupa sehingga dicaci-maki netizen yang geram.
Kecewa penonton gagal hadam watak
Kalau ikutkan hati abang ni abang nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos. Kalau boleh abang nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yang tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam keluarga itu. Tolong kunyahkan dan tolak perlahan-lahan dalam perut masing-masing dan kasik hadam. Tapi abang sedar abang tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yang tak puas hati dengan tiga watak ini yang mana abang rasa sedikit upset.
Abang bukan upset dengan watak atau cerita abang. Tapi abang upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian. Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yang berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yang sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak-watak sedemikian.
Cerminan wanita di alam nyata
Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yang mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak. Mereka seolah-olah benci dengan Nur yang bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yang sorry to say memang ada yang senaif dan sebodoh Nur dan Ecah.
Cerita Nur 2 memang abang tujukan khas untuk perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.
Mesej di hujung cerita
Cerita Nur 2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur 2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja.
Terima DM wanita cerita kisah macam Ecah
Ironinya semakin ramai wanita-wanita DM abang bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki-lelaki seperti Hamadi. Bila abang tanya kenapa tak keluar dari bubble itu. Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yang dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh. Apa yang mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn…
*Sekarang korang faham kan kenapa drama kita masih tak berubah? Bukan salah stesen atau penggiat drama tapi salahnya segelintir penonton yang malas nak berfikir. Semuanya jenis nak kena suap sampai ke hujung tembolok. Untuk mereka memahami maksud tersirat jauh sekali. Itu belum abang sebut pasal subtext? Tahu apa itu subtext? Haraaaammmm…
Sumber: Shahrulezad Mohameddin