Jika anda mengikuti perkembangan pengacara dan pelakon Alif Satar di laman Instagram, anda pasti akan tahu pelakon ini sedang berada di Langkawi bagi menyertai acara triathlon Ironman Langkawi. Ini juga merupakan penyertaan sulungnya di acara triathlon tersebut.
Alif Satar menerusi Kosmo Online kongsi beberapa tips buat anda yang mahu berjinak dalam dunia sukan lasak. Ayuh ikuti tips dan pengalaman dari pengacara berbakat ini!
Rindukan aktiviti bersukan
Alif Satar menerusi laporan Kosmo Online berkata sebelum ini dia pernah menyertai acara triathlon di Port Dickson. Dia juga mendapat dorongan dan semangat dari ibunya untuk meneruskan menyertai aktiviti sukan khususnya di acara Ironman Langkawi. Ternyata dia juga merindui aktiviti lasak ini dan kurang meluangkan masa untuk melakukannya dek kesibukan kerja.
Memang saya agak gelabah dan gementar untuk menyertai Ironman 70.3 buat kali pertama dalam hidup. Latar belakang saya memang seorang yang aktif bersukan serta saya mula berenang pada umur 12 tahun. Apabila sudah memasuki industri hiburan, kini saya sudah mula rindukan kembali aktiviti bersukan yang betul-betul mencabar kemampuan seseorang.
Sudah lama impikan acara triathlon
https://www.instagram.com/p/BqBjCDyFz-l/
Alif Satar juga telah lama berlatih dengan seorang atlet profesional selama hampir 9 bulan sebagai persediaan buat dirinya menyertai acara paling dinantikan ramai atlet.
Saya sebenarnya sudah lama ingin ceburkan diri dalam bidang ini dan kali ini tetapi tolakan utama kini lebih terarah kepada ibu yang turut mendorong untuk mengambil bahagian dalam acara triathlon di Ironman Langkawi.
Saya baru berlatih awal tahun ini apabila bertemu dengan salah seorang atlet profesional, Rupert Chen yang boleh dikatakan menjadi jurulatih buat diri saya hampir sembilan bulan bersama kumpulan atlet lain.
Gementar dan cuak
https://www.instagram.com/p/BqM7ukgFGH9/
Dari situ keberanian mula timbul dan ini merupakan Ironman pertama yang saya sertai dan ia adalah triathlon yang kedua apabila sebelum ini pernah beraksi di Port Dickson untuk kejohanan yang berlainan.
Gementar dan cuak dalam diri sememangnya ada dalam diri, namun selepas melihat suasana di lokasi sebenar kini perasaan saya kembali tenang. Saya sampai lebih awal pada hari Rabu kerana gelabah tetapi kini sempatlah ambik mood di venue sebenar.
Ironman betul-betul menguji
https://www.instagram.com/p/BqObo64lY5b/
Dia juga kongsi beberapa tips kecergasan buat anda sekiranya ingin berjinak dalam acara sukan lasak ini. Disiplin merupakan kunci utama buat anda untuk penuhi masa terluang dengan bersukan.
Berani saya mengatakan disiplin berlari adalah satu perkara yang paling saya malas untuk lakukan. Ia bukan disebabkan penat namun kebiasaannya minda akan menguasai diri sendiri apabila berdepan cabaran.
Saya melihat kejohanan Ironman ini betul-betul menguji bukan orang kata sebagai gaya dan disiplinnya namun sesiapa yang menyertainya menunjukkan seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencabar diri sendiri.
Sumber: Alif Satar, Kosmo