berita

Memey Tak Kecil Hati Dengan Muat Naik Screenshot Abby Abadi

October 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-09 at 10.48.47 AM

Ingat lagi tak dengan dengan kisah Abby Abadi yang kami paparkan sebelum ini. Tak ingat ke? Alahh, mengenai pengikut Instagram Abby yang menginginkan dia bersatu kembali dengan bekas suaminya tu.

Artikel Berkaitan : Abby Abadi Muat Naik Screenshot Perbualan Norman Hakim

Hmm, kalau tengok komen-komen di laman Instagram Abby, ramai juga yang mendoakan Norman dan Abby kembali bersatu.

Tapi, terdetik persoalan dihati kami, apakah perasaan Memey bila mengetahui hal ini. Tak kecil hati ke?

Screen Shot 2014-10-09 at 10.49.59 AM

Tapi, nampaknya Memey wat lek wat peace je. Hehe. Katanya, dia langsung tak terkesan dengan permintaan peminat tersebut kerana dia lebih mengenali siapa suaminya.

Malah, menurut mStar Online, Memey sendiri mengakui sebelum mesej itu dihantar, Norman telah menunjukkan padanya terlebih dahulu.

Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut.

Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.

Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Screen Shot 2014-10-09 at 10.51.36 AM

Giteww…tenang je jawapan Memey. Namun, ada benarnya apa yang dikatakan Memey ni. Iyalah, sekarang kan Abby sedang melalui waktu-waktu sukar.

Jadi, sebagai orang yang paling rapat, wajarlah Norman memberikan nasihat sebegitu kepada Abby. Betul tak?

Apapun, kita doakan yang baik-baik jela buat mereka semua. Ouh, sebelum terlupa, kami nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-3 buat Norman dan Memey baru-baru ini. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh ya!

Kredit Foto : Instagram Memey Suhaiza

SKIP THIS AD ×