berita

Menang 22 Pingat Emas Di Sukan SEA, Ini Kisah Perenang Lagenda Negara Nurul Huda Abdullah

December 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Buat yang tidak kenal, Nurul Huda Abdullah merupakan bekas atlet renang dan pemegang 22 pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) sekaligus sebagai atlet yang membawa pulang pingat paling banyak. Beliau juga pernah memegang anugerah Olahragawati Negara selama 5 tahun berturut-turut pada 1985 hingga 1989). Jom ikuti fakta menarik mengenai atlet ini yang ramai antara kita belum tahu!

Cucu kepada Presiden Singapura

Nurul Huda Abdullah atau nama Cina beliau ialah Ch’ng Shun Lin berusia 47 tahun ini dilahirkan di Selangor. Beliau juga merupakan cucu kepada Presiden Singapura yang keempat iaitu Wee Kim Wee. Ratu renang negara ini pernah membawa pulang pingat sebanyak 22 emas, 4 perak dan 1 gangsa di Sukan SEA. Diikuti atlet bowling negara Shalin Zulkifli dengan 20 pingat emas sahaja.

Telah dikurniakan 2 cahaya mata

Tidak hairanlah jika ramai yang menyangkakan atlet wanita ini adalah Muslim berdasarkan namanya iaitu Nurul Huda. Sebenarnya, ratus renang negara kita ini asalnya adalah gadis berbangsa Cina dan bukan penganut agama Islam. Setelah berkahwin, barulah beliau memeluk Islam dan telah pun dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pernah pecah rekod Asia Tenggara

Lebih menarik lagi, beliau adalah orang pertama Malaysia untuk memenangi IOC Trophy pada tahun 1987. Beliau telah dimasukkan ke dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Hall of Fame pada tahun 2004.

Perenang wanita pertama di Asia Tenggara untuk memecahkan rekod 5 minit untuk medley individu 400m dan juga perenang wanita pertama di Asia Tenggara untuk memecahkan 60 saat untuk gaya bebas 100m. Memegang rekod terbuka Malaysia dalam acara renang dalam 10 acara individu daripada 12 pada 5 Mac 1987.

Terima kasih lagenda

Sumber: Rizal Hakimm, Facebook KL Sea Games 2017, Astro Gempak

SKIP THIS AD ×