Coretan hati penyanyi, Amira Othman berkenaan sokongan peminat terhadap kerjaya seninya meraih perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pergi Usrah Bukan Sebab Saya Baik’ – Amira Othman

Artikel Berkaitan: Amira Othman & Fattah Aminkan Doa Netizen Fasal Zuriat – ‘Kami Akan Kongsi Bila Tiba Masanya’

Hargai peminat

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nadia Amira Othman, 34, mengakui dia tidak pernah terfikir namanya akan dicalonkan dalam mana-mana anugerah kerana merasakan ramai yang lebih layak daripadanya.

Memenangi atau tercalon dalam mana-mana anugerah jarang sekali saya terfikir sebab menyedari diri yang tidak mempunyai apa-apa pun dan ramai lagi hebat-hebat.

Tapi melihat peminat, penyokong dan kelab peminat bersungguh-sungguh beri sokongan kepada saya adalah satu rezeki yang tidak mungkin saya balas.

Sementara itu, isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin itu turut meluahkan rasa syukur kepada para peminat yang sentiasa setia menyokong perjalanan kerjayanya dalam industri seni tanah air.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan tapi yang amat besar untuk saya adalah sokongan kalian semua sepanjang perjalanan saya dalam industri.

Jatuh dan bangun, susah dan senang, saya tiada apa-apa pun tanpa kalian semua. Pasti Allah yang menyusun semuanya.

Sekadar makluman, Fattah memenangi trofi Aktor Filem Popular pada anugerah tersebut.

Bintang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengalahkan Amir Ahnaf, Qi Razali, Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf.

Sumber: Instagram