Sekadar gambar hiasan
Gara-gara memenangi pertandingan laga ayam di Thailand, seorang lelaki dari Malaysia ditembak oleh penduduk di sana. Difahamkan, insiden tersebut berlaku kerana penduduk Thailand tidak berpuas hati dengan kemenangan lelaki itu.
Ditembak sebab menang laga ayam
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan The Thaiger, mangsa yang berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki ke Thailand secara haram kerana enggan terlepas acara pembukaan pertandingan laga ayam yang berlangsung di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki tersebut dikatakan sudah dua tahun tidak menghadiri acara perlawanan sabung ayam disebabkan Covid-19, oleh sebab itu dia nekad menyelinap masuk secara haram melintasi sempadan Thailand untuk bertarung.
Rakan-rakan yang juga turut serta dalam acara tersebut, namun mengambil jalan yang sah dan tiba agak lewat darinya.
Siapa sangka, ayam jantan mangsa memenangi dalam pertarungan tersebut namun nasibnya bertukar malang apabila kemenangannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Thailand.
Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia, mangsa telah ditembak oleh sekumpulan warga Thailand dengan tiga das tembakan dan salah satu tembakan telah terkena di bahagian tangan kirinya. Disebabkan takut untuk mendapatkan rawatan di Thailand, lelaki itu nekad berenang pulang ke Malaysia dalam keadaan tangannya yang cedera.
Sumber: The Thaiger