berita

Menang Pelakon Antagonis Pilihan Di DFKL, Ucapan Azhan Rani ‘Makan Dalam’

April 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ternyata drama Nur arahan Shahrulezad Mohamedin berjaya membolot enam buah anugerah daripada sepuluh secara keseluruhan.

Namun begitu, salah satu anugerah yang mencuri perhatian netizen adalah Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan yang menjadi milik Azhan Rani. Watak Ustaz Syed Mahadi, yang dilakonkan telah berjaya melonjakkan lagi nama pelakon tersebut. Tahniah!

Bukan untuk aku, tapi untuk korang

https://www.instagram.com/p/Bv9leYUlzBL/

Menerusi Instagram pelakon tersebut, dia menyatakan anugerah tersebut buat semua team produksi Nur kerana telah memberi peluang buat dirinya untuk menjayakan karya tersebut.

Hilangkan sentap, hilangkan rasa kecil hati

Mewakili para pelakon yang tiada rupa namun mempunyai bakat ketika memberi ucapan, pelakon tersebut menegaskan agar pelakon yang senasib dengannya tidak boleh berputus asa untuk terus berdiri di dalam industri hiburan Malaysia. Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar penggiat seni yang lain dapat terus positif agar kejayaan boleh dicapai.

Kata-kata ‘menyengat’ membuatkan ramai bersorak

Kata-kata menyengat itu membuatkan ramai bersorak termasuk pengarah drama berkenaan yang berdiri memberikan tepukan gemuruh selepas mendengar ucapan tersebut.

Family Nur

https://www.instagram.com/p/Bv-Qdg_lRw-/

Antara reaksi keluarga Nur ketika menunggu keputusan anugerah tersebut.

Ucapan tahniah daripada rakan artis

Rakan artis dan netizen turut mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diraih oleh pelakon tersebut.

Sumber: Azhan Rani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×