berita

OHBULAN! Movie Nite: Dapatkan Pas Eksklusif Ke Tayangan Premier, Malavita

September 9th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

J16_Malavita__MG_7024retok

Adakalanya bosan juga bila terlalu kerap ditayangkan dengan filem-filem fantasi, romantik dan seram di panggung wayang. Jadi, apa kata anda luangkan masa untuk menonton filem bergenre komedi aksi berjudul Malavita pula pada bulan ini?

Malavita adalah sebuah filem mengisahkan tentang ketua mafia dan keluarganya yang baru berpindah ke sebuah bandar di Perancis dan diawasi pihak berkuasa menerusi Program Perlindungan Saksi.

MALAVITA

Meskipun Agen Stansfield (Tommy Lee Jones) cuba mengawal tingkah laku Fred Blake (Robert De Niro), isterinya Maggie (Michelle Pfeiffer) serta anak-anak mereka, Belle (Dianna Agron) dan Warren (John D’Leo), namun kesemua mereka nampaknya tidak mampu berkelakuan baik.

Akibat sudah terbiasa dengan kehidupan mafia, Fred sekeluarga tetap menggunakan kekerasan dan masih melakukan jenayah setiap kali berhadapan dengan masalah di kawasan tempat tinggal mereka.

J11_Malavita__MG_4254_cal_3_flat

Keadaan menjadi semakin parah apabila terdapat kumpulan gangster lain yang cuba mencari keluarga Fred di penempatan baru itu. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah mereka ingin membalas dendam pada keluarga Fred?

Kalau nak tahu apa yang terjadi, jom sertai peraduan yang dianjurkan oleh OHBULAN! bersama Golden Screen Cinemas (GSC) di bawah ini untuk memenangi pas eksklusif ke majlis tayangan premier Malavita pada 18 September 2013.

Untuk pengetahuan, majlis eksklusif ini juga merupakan salah satu cara OHBULAN! dalam menghargai pembaca-pembaca blog kami selama ini.

Dan apa yang menjadikannya lebih menarik ialah anda berpeluang untuk menonton filem ini sehari sebelum tayangan sebenar. Seronok kan?

J55_Malavita_MG_8737

Namun jika anda tidak berpeluang memenangi peraduan itu, jangan sedih kerana Malavita akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran anda pada 19 September 2013.

Isikan borang penyertaan dibawah sebelum 15 September 2013.

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world’s leading questionnaire tool.

Sementara itu, di sini OHBULAN! sertakan trailer filem berkenaan untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×