berita

Suami Jerut Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini, Menangis Ketika Masuk Mahkamah

August 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 41 tahun telah direman selepas disyaki menjerut leher isterinya menggunakan tudung sehingga meninggal dunia. Kejadian ngeri tersebut dipercayai berlaku 2 hari sebelum sambutan Aidiladha.

Artikel berkaitan: Berang Isteri Fail Cerai, Sukarelawan NGO Jerut Leher Hingga Mati

Terbaru, suspek yang dikenali sebagai Mohd Hairil Izzuan A Samad, didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas tuduhan membunuh isterinya yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam.

Tiada ahli keluarga yang datang

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya, memaklumkan kepada mahkamah bahawa keluarga tertuduh sudah dimaklumkan mengenai pertuduhan pagi ini tetapi tiada ahli keluarga yang datang ke mahkamah.

Pada prosiding pagi ini, lelaki itu dilihat menangis ketika memasuki mahkamah. Dia kemudian meminta mahkamah memberikan masa untuknya mendapatkan perkhidmatan guaman dengan alasan tidak dimaklumkan perlu melantik peguam. Tiada sebarang pengakuan direkodkan hari ini selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret hari ini.

Hukuman mati mandatori

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu membunuh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Dr Maizatulnisa Othman, yang berusia 40 tahun berdekatan sebuah tasik di Jalan Persiaran Sepang Cyber di Cyberjaya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 11 pagi 29 Ogos hingga jam 1 pagi 30 Julai lalu.

Pertuduhan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×