berita

Menari Nak Hiburkan Isteri, Lelaki Tak Sangka Isteri Buat Video Kompilasi Balik Kerja

December 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, viral sebuah video menyaksikan seorang suami berjoget masuk ke dalam rumah setiap kali pulang dari tempat kerja. Individu tersebut dikenali sebagai HaissazcH tidak menyangka selama ini isterinya sering merakam aksi tariannya itu setiap kali dia pulang ke rumah.

Isteri buat kompilasi

Video berdurasi 59 saat itu telah dimuatnaik di laman TikTok isterinya iaitu Nurul Damian Sofian dengan kapsyen “This is my husband whenever he returns home”.

Bukan itu saja, video tersebut turut ditonton 78ribu dan 14ribu tanda Retweet di laman Twitter, selain mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Wife saya record

Dalam banyak-banyak kompilasi video ini, rata-rata netizen tertumpu pada pelekat nota di dinding bilik. Menurut individu ini, pelekat nota pada dinding tersebut adalah sebagai peringatan untuk urusan kerjanya. Video tersebut dirakam isteri dari ruang bilik kerja di rumah mereka.

Mirip Khairul Aming

Netizen juga perasan wajah dan tingkah laku individu ini mirip seorang pengaruh sosial media iaitu Khairul Aming. Malah, rata-rata berpendapat tindak tanduk individu ini seperti influencer itu.

Sumber: Haissazc S. Hisham

SKIP THIS AD ×