berita

Menawan Dengan Jalur Belang!

August 17th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Apabila memaparkan fesyen bercorak belang atau jalur mungkin menjadi ketakutan bagi sesetengah wanita yang bertubuh gempal mahupun bertubuh langsing.

Mana tidak, jika menggenakan persalinan bercorak jalur akan tampak si tinggi semakin melonjong seperti galah manakala bagi si bertubuh gempal jika menggenakan pakaian bercorak belang tampak semakin lebar.

Walaubagaimanapun, jelas kelihatan corak berjalur dan berbelang ini sebenarnya amat menarik dan ranggi jika bijak digayakan dengan aksesori serta bahan tambahan sampingan seperti beg, kasut dan sebagainya.

Fesyen kini semakin hilang peraturan dari segi penggayaan pakaian dan mitos menyatakan corak belang atau ‘horizontal’ menampakkan si pemakai lebih besar ternyata salah.

Ini kerana kunci kepada setiap penggayaan pakaian adalah sentiasa berasa yakin dalam menghasilkan penampilan yang menawan. Si cantik pasti ingin kelihatan sempurna terhadap setiap pakaian yang diperagakan.

Koleksi daripada Zara memaparkan lambang keanggunan bagi si pemakai untuk tampil menawan apabila mengayakan corak jalur berbelang yang menarik.

Baju polos tanpa lengan berbelang hitam putih daripada Zara ini dipadankan dengan seluar pendek berwarna pastel bagi menyerlahkan personaliti yang glamor.
Tambahan pula ianya digayakan dengan sepatu tinggi berona gelap yang menimbulkan imej yang sempurna dalam pengayaan. Aksesori tambahan seperti gelang, anting-anting, beg bimbit besar dan kaca mata hitam menonjolkan lagi kesan aktif dalam diri anda.

Bagi si cantik yang ingin kelihatan menawan dalam pengayaan, ‘dress’ pendek daripada Zara membantu dalam menonjolkan simbol kemewahan.
Kombinasi ‘dress’ pendek tersebut digayakan dengan blazer atau jaket daripada rona berwarna gelap disamping tambahan beg tangan medium dengan rona warna yang cerah menyerlahkan lagi identiti diri.
Sepatu tinggi dan rantai daripada warna senada juga memberi keyakinan bagi si cantik untuk melangkah dengan penuh berani.

Tampil ringkas dengan baju lengan panjang berbelang hitam putih Zara yang dikombinasikan dengan seluar hitam yang merupakan fesyen ikutan terkini.
Setiap gadis inginkan penampilan berbeza untuk memberikan imej luar biasa dan lain daripada yang lain.
Malahan, si cantik juga boleh memandankan gaya dengan aksesori tambahan seperti beg tangan bertali panjang hitam dan sepatu hitam daripada rona senada yang sama.

SKIP THIS AD ×