Viral sebuah kisah mengenai seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam wad kecemasan selepas mengadu sakit perut dan menangis tanpa henti. Difahamkan, kanak-kanak tersebut tertelan paku ketika sedang menikmati hidangan. Susulan daripada itu, anak kecil tersebut perlu menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan paku berkenaan.
KKM mohon henti trend ‘Nasi Paku’ terkenal di Kelantan
Kebiasaannya, bungkusan makanan ‘diikat’ menggunakan getah bagi memastikan hidangan tidak terlerai. Namun sejak belakangan ini, ada segelintir peniaga yang mengunakan paku untuk membungkus makanan dan menjadikannya satu keunikan kepada perniagaan mereka. Hidangan yang digelar ‘Nasi Paku’ ini dikatakan terkenal di Kota Bharu, Kelantan.
Perkara ini mendapat perhatian pihak Kesihatan Awam Malaysia yang memuat naik satu hantaran di Twitter memohon agar trend bungkusan itu dihentikan selepas seorang kanak-kanak didapati tertelan paku dan terpaksa dibedah.
Paku sejenis ‘food hazard’
Menurut hantaran tersebut, paku dikategorikan sebagai ‘food hazard’ dan tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Malah, paku juga tidak sepatutnya berada di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang mudah dicapai kanak-kanak. Alternatif yang lebih baik adalah dengan menggunakan getah yang ternyata lebih selamat.
Seorang kanak² dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak² tersebut mengalami sakit perut & menangis tidak henti.
Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.
Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk..
Thread pic.twitter.com/jjG7g7JXnq
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) December 31, 2021
Mereka turut memberi amaran mana-mana peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.
Sumber: Twitter