berita

Mengadu Sakit Selepas Swab Test, Ruhainies Nafi Terima Layanan Kasar Frontliners

February 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Setiap pelakon yang melibatkan diri dalam sesi penggambaran perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai syarat serta saranan dari pihak kerajaan. Perkara ini turut dilakukan pelakon Ruhainies yang akan masuk ke set penggambaran tidak lama lagi.

Ruhainies juga berkongsikan keputusan saringannya yang negatif ini di laman Instagram tetapi ada pula yang tidak kena dalam perkongsian tersebut. Rata-rata netizen meninggalkan komen dan mendakwa layanan kakitangan perubatan terhadap pelakon itu begitu kasar.

‘Bagi saya okay je’

Memetik laporan Media Hiburan, Ruhainies memberitahu petugas kesihatan tersebut telah melakukan tugas mereka dengan baik dan cermat tetapi mungkin sedemikian berlaku disebabkan dirinya tidak duduk diam kerana ketakutan.

Mungkin hanya dari sudut video kelihatan sedemikian. Bagi saya okay saja. Malah, dalam video swab test itu juga petugas kesihatan beri masa untuk saya bertenang.

Tidaklah petugas itu melakukan secara kasar. Mungkin yang beri komen itu melalui pengalaman berbeza dengan saya. Jadi, masing-masing boleh memberi pendapat.

Orang yang rapat tahu mengenai ketakutan saya mengetahui tahap ketakutan saya terhadap hal demikian. Seharian tidak boleh tidur bila esoknya ada temujanji swab test. Malah, sepanjang 29 tahun, saya hanya sekali masuk wad. Itupun hanya menjalani pembedahan apendik.

‘Macam nak masuk laju je’

Sementara itu, menurut perkongsian Ruhainies di Instagram, dia memaklumkan tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit positif Covid-19. Tambahnya, dia tidak merayu ke mana-mana tempat sesak. Namun bagaimanapun, dia tetap melakukan ujian saringan Covid-19 demi mematuhi SOP dan saranan pihak berkuasa sebelum memasuki set penggambaran.

Pelakon kecil molek ini turut berkongsikan keputusan saringan Covid-19 yang telah dilakukannya itu.

Jadi, ada juga yang cakap saya mengada-ngada lebih, orang boleh cakap macam-macam. Masing-masing ada pendapat dan mungkin petugas kesihatan yang lakukan ujian terhadap mereka buat dengan lembut atau mereka tidak penakut macam saya.

Yang penting, petugas tersebut sudah jalankan ujian saringan dengan baik. Saya pun tidaklah rasa sakit atau ada kesan sampingan selepas itu.

‘My result is negative’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Sumber: Ruhainies, Media Hiburan

SKIP THIS AD ×