Masih menjadi bualan hangat mengenai kemelut rumah tangga PU Abu yang telah sah menceraikan bekas isterinya ketika sarat mengandung menerusi aplikasi Whatsapp. Ternyata tindakan PU Abu itu mendapat kecaman dalam kalangan netizen dan selebriti.
Terbaru, menerusi laporan mStar, bekas peserta program realiti dakwah akhirnya telah mengesahkan sudah berkahwin pada 2 Mei lalu. Bagaimanapun, berita tersebut dinafikannya dan mendedahkan akaun Instagramnya telah digodam ‘seseorang’.
Saya tidak akan menafikan
Muhammad Abu Sufyan mengakui mempunyai hubungan dengan seorang janda anak satu, Hana Azraa dan pasangan ini telah sah bernikah di Thailand pada 2 Mei lalu. PU Abu telah berkongsi berita tersebut menerusi IG Story akaun rasminya, awal pagi Rabu. Status ini telah dimuatnaik sebelum akaun Instagram PU Abu deactivated.
Berhenti DM saya dengan tomahan
Maklumat dari netizen yang tidak mahu dikenali ternampak PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa ketika berada di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu. Bagaimanapun, PU Abu juga mengingatkan orang ramai agar tidak ‘jaga tepi kain’ dan sibuk hal rumah tangganya.
Officially…
Kedua-dua posting ini telah dimuatnaik serentak menerusi IG Story PU Abu dan Hana Azraa. Malah, posting tersebut dikeluarkan dengan kapsyen ‘Officially’ dan ‘Alhamdulillah’. Kapsyen ini seolah memberi bayangan terhadap ikatan mereka yang sah sebagai suami isteri.
Instagram di hacked
Sejurus berita tentang pernikahan pasangan ini tersebar luas di media sosial, PU Abu sekali lagi menafikan akan berita tersebut. Malah, dia turut menyifatkan berita yang dikeluarkan dari salah sebuah laman portal hiburan itu adalah tidak benar.
Tambahan, PU Abu menjelaskan bahawa akuan Instagramnya telahpun digodam oleh seseorang. Perkahwinan antara dia dan Hana Azraa adalah dibawah pengetahuan keluarga sahaja. Dia turut menasihati agar menghentikan berita yang tidak benar itu.
Saya bersumpah
Sumber: mStar