Sebelum ini, kecoh di media sosial pendedahan seorang isteri (Puan Suci) yang sedang sarat hamil mengenai kecurangan si suami. Lebih mengejutkan apabila si suami (Encik DKM) sebenarnya telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berstatus isteri orang (Puan W) hingga mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Perangkap ‘Curi’ Sample DNA, Wanita Bongkar Suami Skandal Dengan Isteri Orang Sampai Ada Anak
Suami minta jangan ambil tindakan
Memetik laporan media tempatan sebelum ini, Puan Suci memaklumkan bahawa kecurangan si suami hanya terbongkar selepas dia memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan membaca mesej ‘mesranya’ bersama seorang wanita, Puan W. Puan Suci kemudian mula menyelidik latar belakang Puan W dan tertanya wanita itu sebenarnya masih berstatus suami orang.
Dia juga menemui sekeping foto Puan W bersama keluarganya akan tetapi Puan Suci sangat terkejut melihat wajah seorang kanak-kanak lelaki (Khalid) berusia empat tahun yang sangat mirip dengan wajah suaminya. Dia kemudian nekad bertemu dengan suami Puan W untuk mencari kebenaran sehinggalah mereka berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak lelaki itu sebenarnya adalah hasil hubungan terlarang Encik DKM dan Puan W.
Berikutan daripada pendedahan tersebut, Puan W dikatakan telah menghantar mesej pesanan ringkas kepada Puan Suci dengan meminta maaf dan mengakui atas tindakan yang dilakukannya. Wanita itu juga sempat meminta Puan Suci dan Encik DKM supaya mempertahankan rumah tangga mereka.
Sementara Encik DKM berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama selain seakan meminta belas kasihan daripada Puan Suci supaya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun, Puan Suci yang sudah tawar hati menuntut agar jabatan tempat suaminya bekerja mengenakan tindakan disiplin dan melucutkan jawatanya serta merta.
Sumber: Tribunnews