Di Instagram, Dr Fauzan berkongsi kisah mengenai seorang pesakitnya yang tidak sedar sedang hamil.
Artikel Berkaitan: Polis Jumpa Kondom, 5 Individu Kantoi Buat Hubungan Seksual Di Masjid
Sakit perut
Menurut Dr Fauzan, dia didatangi seorang pesakit berusia 18 tahun. Remaja perempuan tersebut masih belum berkahwin dan mempunyai simptom pening, muntah dan sakit perut pada waktu itu. Ujar Dr Fauzan, dia berasa pelik apabila pesakitnya itu memberitahu tidak makan di luar dan tiada seorang pun ahli keluarga mempunyai penyakit yang sama.
Saya pernah dapat pesakit berusia 18 tahun. Belum berkahwin. Datang dengan simptom yang biasa je pening, muntah dan sakit perut. First saya ingat simptom sakit perut yang biasalah. Age ke. Tapi saya pelik sebab dia cakap tak makan dekat luar dan tak ada orang dalam keluarga dia ada sakit yang sama. Jadi saya teruskan dengan ujian air kencing untuk buat ujian kehamilan . Sebab tu tanda-tanda mengandung juga. Jadi hasil dia positif.
Tambah Dr Fauzan, hasil ujian kencing mendapati remaja tersebut sedang hamil. Apabila disoal sama ada pernah melakukan hubungan seks dengan sesiapa, remaja itu tidak berani membuat pengakuan pada awalnya, namun terpaksa mengaku di saat akhir.
Saya tanya dia ada tak bersama sesiapa. Dia tak mengaku dan mugkin boleh jadi tersilap kan. So saya buat scan. Bila scan memang nampak ada fetal heart. Jadi memang ada kandungan. Saya pun tanya dia, betul ke tak pernah bersama sesiapa. akhirnya dia pun mengaku.
Saya pernah bersama dengan teman lelaki saya. Tapi dia buang luar.
Berikutan daripada kisah yang dikongsikan, Dr Fauzan memberi pesanan buat semua individu di luar sana agar memakai kondom sekiranya mereka mahu merancang.
Saya nak korang ambil tahu. Bila korang bersama make sure pakai kondom kalau korang nak merancang. Sebab apa, bila korang bersama je memang akan ada sperm sperm yang terlepas yang boleh menyebabkan korang mengandung. Jadi itu bukan method merancang yang bagus. korang dah kahwin ke tak kahwin, tak nak mengandung make sure pakai protection.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Dr Fauzan