Penyanyi, Ayu Damit memberitahu dia sedang hamil anak keempat. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Pernah Terlupa Buat Kuih Raya Untuk Diri Sendiri’ – Ayu Damit Sambut Raya Secara Sederhana
Artikel Berkaitan:Terkejut Nampak Ular Di Dapur, Mimpi Ayu Damit Jadi Kenyataan – ‘Mujur Saya Nampak, Kalau Tak…’
Artikel Berkaitan: Ayu Damit Terkilan Netizen Hanya Baca Tajuk & Tak Faham Cerita Sebenar – ‘Saya Tak Kata Pun Tak Bagi Anak-Anak Cucuk Vaksin!’
Ingat ada masalah haid
Menerusi temubual bersama Media Hiburan, Ayu berkata dia tidak menyedari dirinya sedang hamil sehinggalah melepasi trimester pertama. Tambah Ayu, dia mula menyedari perubahan apabila kerap keletihan dan tidak sedap badan.
Kali ini saya tak sedar pun hamil. Cuma saya perasan cepat letih dan tak sedap badan. Sampai satu hari, saya tergerak hati dan bertanya kepada anak perempuan saya tentang kitaran haid.
Saya tanya kitaran haid dia okay atau tak. Dia jawab okay. Masa itu saya bagitahu dia yang kitaran haid saya tak okay. Dah berapa bulan tak datang haid. Masa itu baru terfikir sama ada hamil atau ada masalah haid.
Berbicara lebih lanjut, Ayu berkata dia dan suami mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata. Namun, perancangan tersebut sepatutnya berlaku selepas dia menamatkan pengajian di ASWARA.
Allah lebih tahu. Dia beri rezeki awal kepada kami. Ikutkan saya akan bersalin hujung tahun November ini. Sekarang usia kandungan mencecah enam bulan dan kami belum tahu jantina lagi.
Ujar Ayu lagi, mereka sekeluarga tidak sabar menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga tidak lama lagi.
Sumber: Media Hiburan