berita

Mengaku Salah Minta Gambar Bogel Lelaki, Jurugambar Popular Didenda RM3500

December 21st, 2020 | by Aizzat
Kini Trending

Jijik dan menjengkelkan! Seorang personaliti media sosial yang juga merupakan seorang jurugambar hari ini didenda RM3,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah meminta gambar bogel seorang pelajar.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh yang berusia 32 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Tular di media sosial

Foto: Twitter hygrandea

Pada 25 November lalu, tular di media sosial apabila seorang lelaki memuatnaik perkongsian mendedahkan perbuatan jurugambar itu. Menurutnya, sudah lama dia dan mangsa-mangsa yang lain berdiam diri untuk mengumpul bukti perbuatannya itu. Pendedahan lelaki itu menerima hampir 10 ribu perkongsian daripada pengguna Twitter yang rata-rata terkejut dengan tindakan jurugambar popular itu.

Perkongsian di Twitter itu disertakan dengan tangkapan skrin di aplikasi Whatsapp perbualan antara jurugambar tersebut dan mangsa.

Mengaku minta gambar bogel

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Jurugambar tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak pada 3.09 petang 23 November lalu. Mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohom hukuman berbentuk pengajaran walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang lelaki. Bagaimanapun, peguam Ariff Amirul Abdul Jani yang mewakili jurugambar itu memohon hukuman ringan dengan alasan ia adalah kesalahan pertama dan tertuduh mengidap penyakit jantung yang serius.

Mengikut fakta kes yang lalu, pada 27 Oktober, mangsa ada menerima mesej melalui aplikasi Instagram daripada tertuduh yang menggunakan nama samaran dan mengatakan ingin mengambil mangsa sebagai model pengambaran konsep kesihatan. Mangsa bersetuju tanpa meragui apa yang akan terjadi. 

Namun, pada 23 November lalu, mangsa telah terima mesej di aplikasi Whatsapp daripada tertuduh, memintanya menghantar gambar bogel dari sudut depan dan belakang. Susulan itu, mangsa menolak tawaran lalu memuat naik satu perkongsian di Twitter, supaya berhati-hati dengan yang tertuduh. Menurut perkongsian itu, beberapa orang juga telah menghantar pesanan kepadanya bahawa mereka pernah mengalami perkara yang sama dengan jurugambar itu.

Sumber: Harian Metro, Twitter hygrandea.

SKIP THIS AD ×