berita

‘Mengambil Aura Dan Semangat Bapa’ – Aksi Lucah Di Instagram Live, Ini Respon Iqram Dinzly

December 21st, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, macam-macam isu yang ditimbulkan oleh pelakon tampan, Iqram Dinzly.  Bermula dengan berperangai pelik apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Terbaru, Iqram sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dikatakan membuat aksi lucah sambil memakan epal di kediamannya. Ternyata tindakan Iqram itu sekali lagi mengundang kecaman daripada netizen. Lantaran itu, Iqram telah membuat penjelasan mengenai tindakannya itu menerusi Harian Metro. Mari kita dengar penjelasan daripada Iqram.

Netizen busuk hati

Iqram yang sering berkelakuan aneh itu menjelaskan, tindakannya itu tiada yang pelik dan netizen dan netizen tidak perlu menyibuk dengan apa yang dia lakukan. Dia juga menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritiknya sebagai busuk hati.

Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio

Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya

Mahu dikenali sebagai Princhiqy

Iqram juga menyifatkan kehidupannya kini jauh lebih baik daripada sebelum ini dan mengakui telah menjumpai apa yang ingin dicarinya selama ini. Dia juga memberi tahu yang dia tidak mahu dikenali sebagai Iqram lagi.

Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup.

Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang.

Diharap penjelasan ini dapat membuat netizen untuk berhenti bercakap mengenai perihal aneh Iqram lagi. Biarlah Iqram ingin buat apa sahaja yang dia mahukan. Semoga apa yang dilakukannya itu dapat menggembirakan hatinya seperti apa yang Iqram katakan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×