berita

Mengamuk Di Balai Polis, Nikita Mirzani Tak Puas Hati Kena Tahan Reman 20 Hari – ‘Anda Semua Jahat’

October 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan model Indonesia, Nikita Mirzani telah ditahan oleh pihak polis, semalam, bagi membantu siasatan dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah dan penghinaan di akaun Instagram miliknya.

Artikel berkaitan: ‘Fikir Untuk Cegah Sahaja’ – Nikita Mirzani Rancang Beri Kondom Secara Percuma Di Indonesia

Anda semua jahat

Menerusi laporan Detik News, Nikita didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang usahawan iaitu Dito Mahendra pada bulan Mei lalu. Nikita didakwa memuat naik foto Dito yang telah disunting dengan meletakkan kata-kata berunsur penghinaan sehingga menyebabkan nama baik usahawan itu tercemar.

Berikutan daripada itu, Nikita yang pada awalnya hadir ke balai polis bagi membantu siasatan tiba-tiba mengamuk dan menjerit sekuat hatinya gara-gara tidak berpuas hati dirinya ditahan reman. Pelakon tersebut turut menggelar semua anggota polis sebagai orang jahat dan tidak mempunyai hati nurani kerana menahannya.

Anda semua orang jahat. Anda tidak punya hati nurani. Anda fikir saya penjahat?

Bagaimanapun, Nikita terus dibawa keluar dari balai dan ke lokap tahanan di Rutan Serang. Berdasarkan laporan, Nikita akan ditahan reman selama 20 hari dan akan dibebaskan pada 13 November nanti.

Sumber: Detik News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×