berita

‘Mengandungi Kimia Hydroquinone & Tretinoin’- KKM Dedahkan 5 Lagi Produk Terkenal Mengandungi Bahan Terlarang

January 26th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Akhir-akhir ini kecoh di media sosial mengenai usahawan kosmetik yang dikatakan cuba menyembunyikan butiran kilang pembuatan produknya. Perkara ini telah menimbulkan keraguan kepada para pengguna yang ingin tahu mengenai kandungan produk berkenaan. Ini kerana, kebanyakkan produk kecantikan yang dijual di pasaran dipercayai mengandungi bahan terlarang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti lima lagi produk yang dikesan  mengandungi kimia hydroquinone dan tretinoin.

Mengandungi hydroquinone dan tretinoin

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk dilarang adalah Dnars Honey Cream, Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus dan Luffya Night Cream 1. Manakala produk kosmetik Dnars Yellow Gold Collagen dan Luffiya Night Cream 2 dikesan mempunyai merkuri.

Notifikasi produk kosmetik itu sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan penemuan racun berjadual di dalam produk itu.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Henti penjualan serta-merta

Tambah Datuk Hisyam lagi, penjual dan pengedar produk kosmetik itu diberi amaran menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik berkenaan serta-merta.

Penjual diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai produk kosmetik boleh di e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×