Pempengaruh media sosial, Aya Balqis sekali lagi membuat pendedahan mengenai kecurangan kekasihnya, Yuka, yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri, Jule.

Artikel Berkaitan: Aya Balqis Menangis & Menggigil Lihat Foto Yuka Berpelukan Dengan Jule? – ‘Kawan Apa Macam Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Curang Bersama Jule, Yuka Mengaku Tukar ‘Contact Number’ Nama Zakie – ‘Saya Mahu Buang Prasangka Buruk Orang ..’

Kekasih Jule ada bukti kecurangan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Aya berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp di antara dirinya dan seorang lelaki bernama Safrie, yang merupakan kekasih kepada Jule.

Pada mulanya, Safrie dilihat menghubungi Aya untuk menuntut penjelasan mengenai satu video yang dimuat naik oleh Aya di TikTok.

Bukan itu sahaja, Safrie turut mempertahankan Jule dan menafikan dakwaan bahawa kekasihnya itu curang. Malah dia mendakwa bahawa rekod panggilan di antara Jule dan Yuka hanyalah panggilan berkumpulan (group call) yang turut melibatkan rakan mereka bernama Zakie.

Ada bukti jelas ke pasal kecurangan tu? Sampai awak yakin sangat nak muat naik content macam tu? Boleh tak saya minta awak padam (take down) dulu video tu? Sebab ada nombor telefon Jule dekat situ.

Namun, pada keesokan hari, Safrie sekali lagi menghubungi Aya dan memohon maaf. Dalam masa yang sama, Safrie turut mendedahkan bahawa dia telah menemui bukti kecurangan Jule dan Yuka.

Maaf kalau saya dah tuduh awak bukan-bukan. Saya cuma nak betulkan keadaan sebab saya dah tahu hal sebenar sekarang.

Saya minta maaf sebab dah desak awak semalam. Saya dah dapat semua buktinya… Saya sendiri pun terperangkap dengan lakonan (skenario) mereka.

Bukti gambar-gambar mereka dekat zoo… Kononnya bertiga dengan Zakie… Menggigil saya bila tengok semua tu.

Dalam perbualan tersebut, Aya menjelaskan bahawa tindakannya berdiam diri sebelum ini adalah semata-mata untuk membiarkan kebenaran terungkap dengan sendirinya tanpa perlu memberi sebarang penjelasan.

Terdahulu, Jule pernah dikaitkan dengan dakwaan berlaku curang bersama seorang petinju, Safrie Ramadhan ketika masih bergelar isteri, Na Daehoon.

Jule dan Na Daehoon kini dipercayai dalam proses bercerai.

Sumber: Instagram Aya Balqis