berita

Menghadap YDP Agong Tapi Tak Bawa Senarai Nama Ahli Parlimen

October 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebentar tadi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu sidang media mengesahkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengemukakan dokumen sokongan ahli parlimen terhadap beliau.

Artikel berkaitan: Anwar Ibrahim Sahkan Persembah Dokumen Sahih Sokongan Kepada Agong

Namun begitu, Anwar Ibrahim didakwa tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

Perlu menghormati proses perundangan

Menurut laporan Istana Negara, dalam sesi yang berlangsung selama 25 minit itu, Datuk Seri Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan terhadapnya. Namun, beliau tidak menyediakan sebarang senarai nama Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah hari ini.

Oleh itu, baginda telah menasihati Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua parti akan dipanggil

Terdahulu, Anwar memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong akan berjumpa dengan ketua-ketua parti untuk mengesahkan jumlah sokongan itu. Beliau juga memohon semua pihak agar memberi ruang kepada Tuanku untuk menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara Tambahnya, Tuanku akan mempertimbangkan bukti yang beliau persembahkan.

Sumber: Istana Negara

SKIP THIS AD ×