Aktivis dan personaliti media sosial iaitu Farah Lee menerusi hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa curiga berhubung perkongsian seorang Youtuber asal Korea Selatan, Daud Kim yang mendakwa bakal membina sebuah masjid di Incheon, Seoul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lima Tahun Peluk Islam, Daud Kim Teruja Dapat Beli Tanah Untuk Bina Masjid Di Incheon
Berhati-hati jika nak menderma
Menerusi perkongsian di Instagram, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, yang pernah menetap di Korea selama lima tahun berpesan kepada rakyat Malaysia agar tidak sewenang-wenangnya menyalurkan derma kepada mana-mana akaun persendirian walaupun untuk tujuan dakwah.
Sebagai individu, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan. Sekiranya ia dalah penipuan, hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana anda.
Malah, seorang pegawai daerah Jung-gu di Incheon memberitahu Daud Kim didakwa hanya memandatangani kontrak jual beli tanah dan bukan mendapat hak milik terhadap hartanah tersebut.
Walaupun masjid boleh dibangunkan, keadaan semasa menyebabkan untuk mendapatkan kebenaran menjadi sukar’. Walaupun kebenaran diberikan, bangunan yang bakal dihasilkan dijangka sangat kecil berkisar dari 65 hingga meter.
Paling terbaru, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, ‘Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat ‘content’, mungkin dengan membina ruangan solat atau seumpamanya di dalamnya’.
Sementara itu, Farah yang teribat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana menekankan sesuatu inisiatif itu perlu dijalankan dengan kerjasama bersama NGO berdaftar bagi memastikan pengurusan dana dan audit dana yang telus.
Perkongsian Farah di IG
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Farah Lee