Insiden kehilangan kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 kru sejak Rabu lalu sememangnya menghadirkan khabar duka buat ahli keluarga dan masyarakat dunia. Kapal selam tersebut ditemui pecah dan kesemua kru telah disahkan meninggal dunia.
Artikel berkaitan: Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Ratusan Maut, Ini Tragedi ‘Misteri’ 3 Kapal Selam Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tragedi Kehilangan Kapal Selam, Anak Seolah-Olah Bagi ‘Hint’ Tak Bagi Bapa Pergi Kerja, Sempat Menangis & Merayu
Hamil anak pertama
Sebelum perkhabaran duka tersebut diterima, salah seorang isteri kepada mangsa kru kapal selam iaitu Mita Sofia telah memuat naik satu video di TikTok. Wanita tersebut meminta bantuan warganet untuk mendoakan suaminya dan semua kru agar mereka berada dalam keadaan selamat.
Lebih menyedihkan, Mita turut menyertakan beberapa gambar mereka berdua disamping keadaannya yang sedang hamil anak pertama.
Baru kahwin hujun tahun lalu
@mitasofia_kwarga tiktok minta bantuan doa buat suami dan seluruh crew kapal selam nanggala-402?? ##prayfornanggala402? Doa Untuk Kamu – Aviwkila
Menjengah di beberapa posting TikTok wanita tersebut, difahamkan Mita dan suaminya iaitu Eki Setiawan baru sahaja berkahwin pada hujung tahun lalu. Kehamilan anak pertama ini merupakan anugerah dan hadiah yang ditunggu-tunggu oleh mereka berdua selepas melangsungkan perkahwinan.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen memohon supaya Mita kekal kuat dan tabah dengan ujian yang melanda. Menurut netizen, Mita perlu menjaga kesihatannya termasuk kesihatan bayi yang berada di dalam kandungannya itu. Ucapan takziah turut ditinggalkan oleh netizen sebaik sahaja mereka mengetahui kesemua kru kapal selam KRI Naggala 402 telah meninggal dunia.
Sumber: Mita Sofia