Misteri kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 milik kerajaan Indonesia yang hilang sejak 21 April yang lalu, akhirnya terjawab apabila pasukan pencarian menjumpai enam serpihan yang dipercayai datang daripada kapal berkenaan. Sebelum ini, 24 kapal perang telah dikerah bagi membantu misi pencarian yang dibantu oleh negara Singapura, Malaysia, dan Australia
Artikel berkaitan: Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi
Artikel berkaitan: ‘Cepat Pulang Sayang’ – Baru Kahwin Dua Bulan, Isteri Krew Kapal Selam Harap Suami Pulang
Artikel Berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402
‘Anak seolah-olah bagi hint’
Foto: Tangkap layar video
Terbaru, menerusi satu video yang tular di media sosial yang berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak apabila melihat aksi anak kecil yang dikenali sebagai Azka yang sedaya upaya tidak mengizinkan ayahnya untuk pergi bekerja. Difahamkan, video tersebut telah dirakam sebelum kejadian berkenaan dan ayahnya yang dikenali sebagai Imam Adi merupakan salah seorang petugas anak kapal selam yang turut berada di kapal itu.
Ngak,,,ngakkkkk…..
Apa yang lebih meruntun hati, apabila kanak-kanak ini dilihat sedaya upaya menghalang dan cuba untuk mengunci bapanya di dalam bilik dan perkara tersebut dilihat seolah-olah hint sebelum kejadian itu berlaku. Terdahulu, bekalan gas oksigen kapal berkenaan dilaporkan habis pada Sabtu jam 3 pagi waktu tempatan.
Video penuh:
View this post on Instagram
Sumber: Isfadiah