berita

Meninggal Dunia Ketika Bersukan, Doktor Kongsi Bahaya Serangan ‘Cardiac Arrest’

October 27th, 2019 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Amalan gaya hidup sihat seperti senaman dan bersukan seharusnya dipraktikkan oleh setiap individu bagi menjaga kesihatan. Walau bagaimaapun, bagi individu yang aktif bersukan, penjagaan kesihatan yang lebih terperinci amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Seorang pengguna Facebook, Dato Norhisham ada berkongsi tentang tips dan penjagaan kesihatan yang harus dititikberatkan oleh setiap individu yang ingin bersukan.

Cardiac arrest adalah pembunuh senyap

5 hari lalu seorang guru besar sekolah umur 38 tahun di Sabak Bernam pengsan dan meninggal di gelanggang badminton. Semalam seorang lelaki di Gua Musang meninggal waktu bermain futsal. Kedua-duanya berlaku ketika bersukan waktu malam dan kedua-duanya akibat cardiac arrest.

Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction).

Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera wajib diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya. Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation.

Wajib belajar CPR

Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.  Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada.

Jantungnya perlu di pump semula sama ada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal untuk kejutkan semula jantung yang dah terhenti.

Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR untuk bantuan awal.

Jangan samakan diri dengan orang lain

Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bola sepak atau gym.

Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau aggresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.

Sebab itu perlunya sesiapapun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.

Sering diserang dibilik air

Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dengan kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.

Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan ini lah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.

Cardiac arrest juga sering menyerang dibilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh.

Warm up sebelum stretching

Young man and woman exercising and stretching muscles before sport activity – outdoor in nature

Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut. Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan.

Mulakan dari kaki untuk biasakan dengan suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur-ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.

Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza. Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sebelum beraktiviti.

Jangan over dan kawal ego

Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan. Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching untuk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah fahami kemampuan anda. Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah ego. Masing-masing nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gym sedangkan badan ketika iti tak mampu.

Ingat, Cardiac Arrest datang tiba-tiba tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.

Sumber: Dato Norhisham

SKIP THIS AD ×