berita

‘Menipu Kantoi, Mula Keluarkan Ayat Al-Quran Minta Simpati’ – Ibu Mertua Anzalna Ditipu Ratusan Ribu

August 22nd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Selepas mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir sudah jarang menyinari slot drama tempatan. Mungkin dia memberi sepenuh masa berkualiti buat suami dan keluarga.

Baru-baru ini, Anzalna Nasir meluahkan rasa geram di Instagram apabila ibu mertuanya kehilangan beratus ribu ringgit. Ini adalah gara-gara ditipu seorang wanita yang dikenalinya. Dia berkongsi kisah dan pengalaman ini supaya orang ramai tidak lagi menjadi mangsa kepada wanita tersebut.

Dia menipu kantoi

My mother in law just lost a few hundred thousand Ringgit. Rasa macam nak mention je nama perempuan tu! Bertudung dan berkaca mata tapi kadang-kadang dia buka tudung, sis confuse! ? Kami anggap semua ni ada hikmah. Zaman sekarang ni memang senang sangat ditipu! Berhati-hati la.. Ramai yang nak tunjuk hidup MEWAH terutama sekali di media sosial sampai sanggup MEMINJAM / MENIPU duit orang!

Dah menipu kantoi, mula la keluar segala ayat dalam Al-Quran minta simpati kononnya mangsa keadaan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi, hidup ikut kemampuan kita. Anzalna share sebab tak nak korang pun terkena. Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Amin…

Tenang ke kehidupan mewah dengan menipu

Penipu ini memang licik

Sumber: Anzalna Nasir

SKIP THIS AD ×