Nama pempengaruh, Zhiddin Aziz menjadi bualan ramai sejak lantang mempertikaikan Anugerah Perdana Belia Negara (ABPN) 2023 dan kemudian didakwa menciplak beberapa ayat-ayat penuh kiasan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Afsan.
Artikel Berkaitan: Baru Selesai Isu APBN 2023, Timbul Pula Dakwaan Zhiddin Aziz Ciplak Karya Orang – ‘Apa Ni Sedara? Habis Diciduknya’
Artikel Berkaitan: Adam Adli Sudah Bersemuka Dengan Zhiddin Aziz, Rungkai Isu APBN – ‘Kalau Ada Silap Jangan Simpan Dalam Hati’
Ada harga diri ke?
Penyanyi Baby Shima dilihat tertarik untuk tumpang bersuara mengenai kontroversi Zhiddin. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Baby Shima mempersoalkan tindakan Zhiddin yang nampak seperti tidak ada harga diri.
Kata Baby Shima, 31, beginikah perwatakan seorang pempengaruh media sosial yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada orang ramai.
Dah la menangis tak dapat anugerah. Lepas itu, menciplak karya orang pula. Katanya ada harga diri, meniru karya orang itu ada harga diri ke?
Macam itu ke influencer? Patutlah tak boleh menang anugerah.
Jangan sibuk buat konten orang lain
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli mengingatkan Zhiddin untuk tidak lagi sibuk menjaga tepi kain orang lain.
Semalam, sedar namanya dipetik Zhiddin terus tampil menjelaskan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen.
Menurut Zhiddin, secara jujurnya dia tidak mengetahui siapakah gerangan empunya karya tersebut dan hanyalah berniat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di dalam karyanya.
Sumber: Instagram