Lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ mendapat tempat di hati para pendengar dengan menduduki kedudukan pertama di carta Recording Industry Music Of Malaysia (RIM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Untuk Diri Saya Sekarang Ini, Jangan Bercinta Dengan Orang Yang Salah’ – Ara Johari
Artikel Berkaitan: Ara Johari Tetap Terima DM Tak Senonoh Meskipun Tampil Lebih Feminin – ‘Mungkin Nafsu Lelaki Seperti Itu’
Lebarkan sayap ke Indonesia
Dengan kejayaan yang luar biasa, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari bakal melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’.
Menurutnya, kejayaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya untuk melancarkan lagu yang terbaik untuk pendengar.
Kami masih dalam rangka rancangan bagi mempromosikan lagu ini ke Indonesia. Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di sana.
Insya-Allah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kami akan ke sana.
Dan sekarang dalam proses mencari bahan untuk lagu baru.
Sudah tentu agak tertekan. Kalau boleh nak cari lagu yang lebih baik.
Dalam pada itu, Ara berharap agar dapat bekerjasama dengan komposer-komposer baru untuk mencuba genre yang berbeza.
Sambutan luar biasa
Berkongsi lebih lanjut, Ara bersyukur lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ menerima sambutan hangat daripada pendengar.
Lagu ciptaan komposer dari negara seberang, Ilham Baso ini meraih lebih 10 juta tontonan di Youtube.
Alhamdulillah penat lelah saya dan team berbaloi.
Ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
Saya gembira kolaborasi pertama saya bersama komposer Indonesia ini membuahkan hasil yang amat membanggakan.