Seorang ibu tampil meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir rakan-rakan anak perempuannya yang mengejek hanya kerana tudung.
Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Remaja Dipaksa Melutut, Merangkak & Cium Kaki Pembuli
Artikel Berkaitan: Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’
Gara-gara tudung
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita berkongsi klip video pendek yang memaparkan anak perempuannya sedang memakai tudung dan bersiap-siap untuk ke sekolah.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut berkata anaknya mengambil masa yang lama untuk bersiap.
Tudung saya tak jadi, kawan-kawan gelakkan saya. Saya malu kawan-kawan saya tengok saya macam ini.
Wanita tersebut kemudian tampil meluahkan rasa kesal anaknya seperti dibuli secara mental hanya gara-gara penampilan yang dikatakan tidak sempurna di mata rakan-rakan sekolahnya.
Bagi saya ini ‘mentally bullied’ kerana pada saya tak ada masalah pun dengan tudung dia.
Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai agar tidak mengejek fizikal seseorang kerana perkara tersebut akan menyinggung perasaan dan memberi kesan terhadap keyakinan diri mereka.
Satu lagi yang saya perasaan, kita sebagai ibu bapa, rakan sekerja atau sesiapa sahaja jangan sesekali mengata orang. Contohnya dia gemuk, kulit gelap..jangan pernah mengata mereka.
Pada kita, kita rasa perkara itu kelakar tetapi hakikatnya orang yang menerima ejekkan itu akan rasa kecil hati, akan rasa rendah diri dan rasa malu.
Ekoran kejadian itu, dia meminta anaknya untuk bertindak mempertahankan diri jika dia diejek lagi.
Anak saya tak pernah tak mahu pergi sekolah hanya disebabkan itu. Saya rasa sedih sangat kecil-kecil lagi dah kena macam ini.
Benda ini dah jadi perkara biasa dan akan memberi kesan terhadap mental dan saya pun tak tahu nak pujuk dia macam mana.
Netizen kongsi cerita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. Dalam masa yang sama warganet turut berkongsi kisah mereka serta anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli secara mental kerana diejek ketika dibangku sekolah.
Tinjauan OhBulan! mendapati setakat ini video tersebut telah memperoleh sebanyak 3.7 juta tontonan dan 312,700 tanda suka.
Sumner: TikTok