berita

Menteri Kesihatan United Kingdom Sah Positif Covid-19

March 11th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Wabak penyakit Covid-19 semakin menular ke seluruh pelusuk negara. Negara Eropah seperti United Kingdom (UK) telah mencatat 382 kes dan melibatkan kematian sebanyak 6 kes angkara wabak tersebut. Laporan terkini Independent, menyatakan bahawa Menteri Kesihatan UK, Nadine Dorries telah disahkan positif virus Covid-19.

Asingkan diri di rumah

Selepas disahkan positif Covid-19, dia yang juga seorang Ahli Koservatif telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi tidak menyebarkan wabak tersebut termasuk pengasingan diri di rumah. Menurut laporan, pihak Kesihatan Awam England telah memulakan proses pengesan kenalan rapat termasuk di kementerian tempat di mana dia bertugas.

Ibunya mula kerap batuk

Dia turut memuat naik kenyataan di Twitter miliknya mengatakan bahawa dia mula rasa bimbang terhadap kesihatan ibunya di rumah yang sering batuk sejak Selasa lalu. Dia turut berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

Semoga cepat sembuh

Selain itu, Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock turut mengatakan bahawa Dorries telah melakukan perkara yang baik dengan mengasingkan diri di rumah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia turut berdoa agar Dorries cepat sembuh. Sementara itu, jumlah kenalan yang Dorries telah berjumpa masih belum disahkan kerana dia turut menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan Boris Johnson Khamis lalu.

Sumber: Independent, Dorries, Matt Hancock

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×