Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas memuatnaik satu tweet di akaun Twitternya dengan mempromosikan pertandingan TikTok yang dianjurkannya. Lebih mengejutkan ramai apabila beliau juga turut berkongsi satu video TikTok yang menampilkan dirinya bersama-sama dua orang influencer iaitu Noreen dan Iskandar Rahman.
Pertandingan TikTok
Video TikTok Dr Noraini Ahmad
Anda tak sempat menikmati TikTok bertaraf Kementerian Pengajian Tinggi?
Nah saya sajikan semula untuk keseronokan anda ? pic.twitter.com/DE1t2u3YxJ
— #DudukRumah (@khairizulfadhli) April 8, 2020
Difahamkan, tweet dan video promosi berdurasi 0:45 saat yang dimuatnaik itu bagaimanapun telah dipadam oleh Dr Noraini Ahmad selepas mendapat kecaman netizen. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan beliau dan kementerian.
Menurut mereka, Dr Noraini Ahmad sepatutnya memainkan peranannya sebagai seorang Menteri Pengajian Tinggi dengan membantu pelajar-pelajar IPTA dan IPTS lebih-lebih lagi ketika penularan wabak Covid-19 ini yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan Dr Noraini itu langsung tidak sesuai dengan professionnya sebagai seorang menteri.
Reaksi netizen
Sumber: Khairizul Fadhli, Twitter